Bangladesh tidak lagi mampu tampung pelarian Rohingya

Ribuan pelarian Rohingya kini berlindung di Bangladesh susulan keganasan dan operasi tentera di Rakhine.
Ribuan pelarian Rohingya kini berlindung di Bangladesh susulan keganasan dan operasi tentera di Rakhine.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Bangladesh memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa ia tidak lagi mampu menerima pelarian dari Myanmar.

Setiausaha Luar Shahidul Haque dalam mesyuarat majlis berkata, krisis ribuan pelarian Rohingya yang berlindung di negaranya kini bertukar daripada buruk kepada sangat buruk dan menggesa majlis mengambil tindakan segera.

"Di sini, saya berat hati ingin memaklumkan majlis yang Bangladesh tidak lagi berada dalam kedudukan mampu menerima lebih ramai rakyat Myanmar," kata Haque.

Kira-kira 740,000 Islam Rohingya kini tinggal dalam kem pelarian di Bangladesh selepas melarikan diri dari Rakhine disebabkan operasi ketenteraan pada 2017 yang disifatkan PBB sebagai pembersihan etnik.

Di bawah perjanjian dengan Bangladesh, Myanmar bersetuju menerima kembali sebahagian pelarian, tetapi PBB bertegas yang keselamatan Rohingya perlu dijamin sekiranya mereka dihantar pulang. - AFP

Artikel Berkaitan: