Klopp desak penyokong henti laung chant negatif

Pemain Norwich City, Bill Gilmour (tengah), cuba melepasi kawalan pemain Liverpool pada aksi di Carrow Road minggu lalu. - Foto Reuters
Pemain Norwich City, Bill Gilmour (tengah), cuba melepasi kawalan pemain Liverpool pada aksi di Carrow Road minggu lalu. - Foto Reuters
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mendesak penyokong supaya tidak lagi melaungkan nyanyian (chant) berbaur negatif ketika menyaksikan skuad The Reds beraksi.

Menurutnya, chant sedemikian dilihat sebagai tindakan yang sia-sia kerana ia secara tidak langsung memberikan imej negatif kepada pasukan berkenaan.

“Saya tidak faham, kenapa mereka (penyokong) melaungkan chant seperti itu? Saya sebenarnya langsung tidak menggemari tindakan tersebut.

“Kenapa mereka tidak hanya melaungkan chant kita sendiri? Kita sebenarnya memiliki antara chant yang terbaik di dunia,” katanya.

Klopp berkata demikian bagi merujuk kepada chant berbaur kecaman yang ditujukan kepada pemain Norwich City, Billy Gilmour ketika minggu lalu.

Katanya, biarpun menang 3-0 pada aksi di Carrow Road itu, namun chant berkenaan turut mendapat kecaman di media-media sosial.

Sementara itu Klopp berharap agar chant berkenaan tidak lagi dilaungkan penyokong ketika skuad The Reds itu bedepan Burnley di Anfield, pada Sabtu.

Katanya, penyokong seharusnya melaungkan chant berbaur positif yang memberikan semangat kepada pasukan.

Artikel Berkaitan:

“Jika boleh, saya tidak mahu lagi mendengar chat seperti itu atas alasan apa sekali pun. Saya tak pasti samada permintaan saya ini didengari, cuma jika ia dipraktikkan, ia adalah satu tindakan yang terpuji,” katanya.