X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu mula bersidang

Kenderaan rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di Istana Negara pada pukul 2.23pm. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A

KUALA LUMPUR - Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu semasa termasuk pelantikan Perdana Menteri baharu sedang berlangsung di Istana Negara di sini hari ini.

Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat berangkat tiba selepas kenderaan dinaiki Baginda memasuki pintu 1 Istana Negara pada jam 1.56 petang.

Kenderaan yang membawa Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pula menyusul pada jam 2.14 petang diikuti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, jam 2.22 petang.

Tiga minit kemudian, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat tiba disusuli Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut kelihatan kenderaan yang membawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 2.35 petang.

Pada Isnin, ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri bersama seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.

Para pengamal media dilihat setia menanti di pekarangan pintu utama Istana Negara walaupun dalam keadaan hujan lebat untuk menunggu ketibaan Raja-raja Melayu bagi perbincangan khas berkaitan pelantikan Perdana Menteri baharu hari ini. Foto Bernama
Para pengamal media dilihat setia menanti di pekarangan pintu utama Istana Negara walaupun dalam keadaan hujan lebat untuk menunggu ketibaan Raja-raja Melayu bagi perbincangan khas berkaitan pelantikan Perdana Menteri baharu hari ini. Foto Bernama

Susulan peletakan jawatan itu, Seri Paduka berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Pada Selasa pula, Seri Paduka Baginda dan timbalannya, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menerima menghadap ketua-ketua parti politik.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, kesemua 220 ahli Dewan Rakyat dititahkan untuk mempersembahkan surat akuan bagi menyatakan sokongan kepada seorang ahli Dewan Rakyat sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.

Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara sedaya upaya menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang Raja Berperlembagaan dan akan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada Jumaat bagi membincangkan isu semasa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!