X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Pemeriksaan di rumah hanya prosedur biasa: Bukit Aman

Foto Facebook Ebit Lew (Laporan Sinar Harian pada Khamis.)
A
A

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan melakukan pemeriksaan di rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew di Setia Alam pada Khamis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya pergi ke rumah pendakwah tersebut untuk melengkapkan siasatan.

"Saya sahkan polis memang pergi ke rumah beliau tapi berkaitan rampasan terhadap apa-apa peralatan atau barang itu saya tiada komen.

"Sememangnya prosedur biasa yang kita akan lakukan, siasatan dijalankan termasuk pemeriksaan di rumah," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Khamis, tiga buah kenderaan dipercayai milik polis dilihat memasuki kawasan kediaman pendakwah terkenal, Ebit Lew di sini kira-kira jam 4.15 petang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, selang beberapa minit kemudian, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang mempunyai logo badan kebajikan pendakwah tersebut turut memasuki kawasan perumahan berkenaan.

Kunjungan polis itu difahamkan untuk menjalankan siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, Ebit Lew dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi untuk membantu siasatan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengannya seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!