Lima termasuk 4 kanak-kanak terbunuh dalam serangan rejim Assad

No Image Caption
A
A
A

IDLIB - Lima orang awam termasuk empat kanak-kanak terbunuh dan empat lagi cedera akibat serangan rejim Assad dan sekutunya di kawasan penempatan, wilayah barat laut Idlib, menurut Pertahanan Awam Syria (White Helmets).

Rejim dan sekutunya yang berpangkalan di bandar Maarat al-Numan, bertindak mengebom kampung Mashoun di selatan Idlib, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kumpulan pemantau tempatan pada Khamis.

Turki, Rusia, dan Iran mencapai persetujuan untuk mewujudkan zon bebas tentera di Idlib, di bawah perjanjian damai Astana berikutan krisis Syria pada Mei 2017.

Bagaimanapun, pasukan rejim Syria dan penyokongnya bertindak melakukan serangan dan melanggar perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani pada Mac 2020. - Bernama

Artikel Berkaitan: