'Chelsea pasukan yang menggerunkan'

Chelsea layak dilabel sebagai calon juara EPL musim ini.
Chelsea layak dilabel sebagai calon juara EPL musim ini.
A
A
A

CHELSEA layak dinilai sebagai pasukan yang perlu digeruni musim ini sekali gus menjadi calon untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Legenda Arsenal, Paul Merson berkata, The Blues telah menunjukkan permainan luar biasa termasuk mampu mendominasi lawan dengan baik ketika membenam Crystal Palace 3-0 baru-baru ini.

"Chelsea serupa seperti Manchester City. Mereka (Chelsea) mendominasi lawan seperti apa yang dilakukan oleh City dalam beberapa musim lepas.

"Pasukan lawan sudah tahu mereka akan kalah sebelum masuk ke padang. Saya rasa, itu yang kita akan nampak ditonjolkan oleh Chelsea musim ini. Mereka sangat luar biasa dan mengejutkan," katanya.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu juga telah meraih beberapa kejuaraan di peringkat tertinggi Eropah termasuk Liga Juara-Juara dan Liga Super UEFA dan kini menyasarkan untuk kembali menjulang trofi EPL sejak kali terakhir dimenangi pada musim 2016-2017.

Dalam pada itu, Merson turut memuji pemain akademi daripada kelab itu seperti Mason Mount, Reece James, Callum Hudson-Odoi, dan Trevoh Chalobah yang mampu tampil cemerlang bersama pasukan senior.

"Pujian perlu diberikan kepada Frank Lampard (pengendali Chelsea sebelum ini) yang telah melakukan pekerjaan yang bagus. Para pemain muda itu sudah bersama sejak usia 9-10 tahun dan kini mereka mula menunjukkan kualiti," katanya.

Menurutnya, Tuchel juga mempunyai ramai pemain berkualiti dalam pasukan sekali gus memberikan banyak pilihan pemain yang boleh diturunkan dalam setiap perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Malah, kehadiran semula Romelu Lukaku akan melengkapkan Chelsea dan menjadi mesin utama untuk menembusi gawang lawan.

"Chelsea tidak mempedulikan kritikan ketika membeli Lukaku untuk kembali ke Stamford Bridge. Chelsea amat memerlukan penyerang dan Lukaku adalah pemain yang tepat. Dulu dia belum bersedia, sekarang dia akan berbahaya bersama Chelsea," katanya.