Banjir di Perak: 102 mangsa dipindahkan ke PPS

Mohd Kamaruddin (kanan) meninjau situasi banjir di sekitar kawasan Matang yang bermula sejak petang Rabu. - Foto FB Tkub Bukit Gantang
Mohd Kamaruddin (kanan) meninjau situasi banjir di sekitar kawasan Matang yang bermula sejak petang Rabu. - Foto FB Tkub Bukit Gantang
A
A
A

IPOH - Seramai 102 penduduk di lima buah kampung di daerah Larut Matang dan Selama dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir pada Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerusi satu perkongsian maklumat kepada media menjelaskan, dua PPS yang dibuka masing-masing di Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Ngah Ibrahim Al Baraqah dan Dewan Orang Ramai Sungai Baru.

Menurutnya, 25 keluarga dari Kampung Sungai Rentaka, Kampung Changkat Baru dan Kampung Jebong kiri ditempatkan di PPS SRAR Ngah Ibrahim Al Baraqah yang dibuka pada jam 9.50 malam Rabu.

Mangsa banjir di tiga kampung ditempatkan di PPS SRAR Ngah Ibrahim Al Baraqah pada malam Rabu. - Foto FB Tkub Bukit Gantang
Mangsa banjir di tiga kampung ditempatkan di PPS SRAR Ngah Ibrahim Al Baraqah pada malam Rabu. - Foto FB Tkub Bukit Gantang

Bagi PPS Dewan Orang Ramai Sungai Baru yang dibuka pada jam 12.01 tengah malam Khamis pula, seramai 15 mangsa banjir dari Kampung Sungai Nyior dan Kampung Sungai Tinggi ditempatkan di situ.

Jelasnya, setakat ini sebanyak 29 keluarga ditempatkan di dua PPS tersebut.

Artikel Berkaitan:

Mohd Kamaruddin (kanan) meninjau situasi banjir di sekitar kawasan Matang yang bermula sejak petang Rabu. - Foto FB Tkub Bukit Gantang
Mohd Kamaruddin (kanan) meninjau situasi banjir di sekitar kawasan Matang yang bermula sejak petang Rabu. - Foto FB Tkub Bukit Gantang

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang, Mohd Kamaruddin Abu Bakar dalam hantaran di Facebook turut turut padang meninjau keadaan banjir tersebut sejak petang Rabu.

Menurutnya, kejadian tersebut antara yang terburuk pernah dialami penduduk di kawasan Matang.