Banjir kilat akibat kepala air di Yan, Gurun

Antara kawasan perumahan yang dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air pada Rabu. Foto Ihsan pembaca
Antara kawasan perumahan yang dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air pada Rabu. Foto Ihsan pembaca
A
A
A

YAN - [DIKEMASKINI] Lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai dan taman perumahan di Bandar Yan serta Gurun dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air yang berlaku pada petang Rabu.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu turut menyebabkan kawasan berkenaan mengalami kerosakan.

Keadaan beberapa kawasan mengalami kerosakan akibat fenomena kepala air di Gunung Jerai. Foto Ihsan pembaca
Keadaan beberapa kawasan mengalami kerosakan akibat fenomena kepala air di Gunung Jerai. Foto Ihsan pembaca

Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad berkata, beliau tidak menyangka fenomena kepala air berlaku di kawasan air terjun termasuklah Pusat Peranginan Seri Perigi.

Menurutnya, hujan lebat di kawasan atas Gunung Jerai sejak pagi sebelum berlaku kepala air secara tiba-tiba pada petang.

"Fenomena kepala air ini menyebabkan kampung di kaki Gunung Jerai dinaiki air dan merosakkan kawasan terlibat.

"Selain itu, Pekan Yan juga dilanda banjir kilat berikutan lokasinya yang terletak berhampiran tepi laut," katanya.