X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Selangor tubuh SUKA hadapi pandemik Covid-19

Amirudin berkongsi info grafik di Facebook beliau pada Rabu.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) bagi menjalankan aktiviti kesihatan awam di peringkat komuniti terutama berkaitan pandemik Covid-19.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sukarelawan terpilih itu akan dilatih dengan modul-modul bertemakan Covid-19 secara berkala.

Menurutnya, kemahiran seperti pengurusan pesakit, ujian Covid-19 di rumah, penggunaan kit penilaian rumah menerusi aplikasi SeLangkah serta pelbagai lagi akan diajar secara profesional.

"Menerusi SUKA, sifat kesukarelawanan dapat dibudayakan dalam masyarakat," katanya menerusi status di Facebook beliau pada Rabu.

Menerusi info grafik dikongsi Amirudin itu memaklumkan, terdapat beberapa manfaat bakal diperoleh sekiranya menyertai SUKA antaranya Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS), kit sukarelawan dan latihan berkala percuma.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-mel kepada [email protected] atau layari www.sukasociety.org.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!