Polio muncul kembali di Afrika

Kira-kira 20 negara Afrika telah mengesahkan kemunculan wabak polio dalam tempoh 12 bulan lalu, termasuk tiga negara jiran Uganda. Foto 123RF
Kira-kira 20 negara Afrika telah mengesahkan kemunculan wabak polio dalam tempoh 12 bulan lalu, termasuk tiga negara jiran Uganda. Foto 123RF
A
A
A

KAMPALA - Kementerian Kesihatan Uganda pada Selasa mengesahkan wabak polio kembali melanda serta mengisytiharkan darurat kesihatan awam di negara ini, lapor Agensi Anadolu.

Pada Ogos 2020, Uganda dan seluruh benua Afrika disahkan bebas virus polio oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Kadar imunisasi rutin dan suntikan imunisasi polio yang rendah mengakibatkan wabak polio kembali menyerang Uganda ketika seluruh dunia melawan pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Dr Henry Mwebesa berkata, virus itu kemungkinan telah tersebar di negara ini sejak dua tahun kebelakangan ini.

Kira-kira 20 negara Afrika telah mengesahkan kemunculan wabak polio dalam tempoh 12 bulan lalu, termasuk tiga negara jiran Uganda. - Bernama

Artikel Berkaitan: