X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Ahli Parlimen, MKT UMNO bermesyuarat malam ini

Ahli Parlimen dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bermesyuarat pada Selasa malam bagi menamakan seorang calon yang bakal diserahkan kepada Istana Negara pada Rabu.
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bermesyuarat pada Selasa malam bagi menamakan seorang calon yang bakal diserahkan kepada Istana Negara pada Rabu.

Difahamkan mesyuarat berkenaan dijadualkan pada jam 8 malam tadi dan sedang berlangsung ketika ini.

Mengikut perkiraan, UMNO kini mempunyai 38 ahli Parlimen dan kesemua mereka turut serta dalam mesyuarat bagi menamakan satu nama untuk dicalonkan sebagai perdana menteri untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara tersebut dilaksanakan susulan pemakluman dikeluarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang meminta ahli Dewan Rakyat menyerahkan surat akuan bersumpah menamakan seorang calon perdana menteri kepada Istana Negara, sebelum jam 4 petang Rabu.

Pelbagai spekulasi dan kemungkinan dibuat antaranya beberapa nama dipertimbangkan oleh UMNO untuk dicalonkan sebagai perdana menterj termasuklah Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Penasihat UMNO, Tengku Razalegh Hamzah.

Difahamkan juga Ismail Sabri kini mempunyai sokongan besar daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pada tengah hari Selasa semua ketua parti politik dijemput ke Istana Negara bagi menghadap Seri Paduka Baginda dan difahamkan pertemuan tersebut bertujuan untuk mendapatkan nama calon bagi melantik perdana menteri baharu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!