X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Fomca terima aduan susu formula beri kesan cirit-birit berdarah

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menerima beberapa aduan berhubung keselamatan susu formula bayi dan kanak-kanak yang didakwa mempunyai kesan sampingan terhadap beberapa kes cirit-birit termasuk cirit-birit berdarah.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Dr Saravanan Thambirajah berkata, Fomca memberi amaran kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga syarikat susu formula untuk memeriksa sebarang insiden yang berkaitan dengan keselamatan dan juga menarik balik produk tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, Fomca khuatir terhadap keselamatan semua jenama susu formula dan pihak KKM bertanggungjawab melakukan ujian makmal dan memeriksa bahan yang boleh membahayakan nyawa.

“Kebanyakan kes aduan berlaku ketika ibu bapa menukar susu berdasarkan umur dan pertumbuhan kanak-kanak menyedari anak-anak mereka mengalami kes cirit-birit yang teruk selepas minum susu tersebut.

“Justeru, Fomca menasihati ibu bapa supaya memantau perubahan pergerakan bayi mereka sejurus selepas menukar susu formula.

"Satu dekad lalu terdapat insiden susu formula yang dicemari melamin berbahaya yang terjual di pasaran di mana pemerintah perlu campur tangan untuk menyekat pengimportan susu formula tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, pengguna disarankan untuk membuat kajian dan membaca pengalaman serta reaksi yang dikongsikan oleh ibu bapa yang sudah melalui pengalaman buruk dengan jenama susu formula terbabit.

Tambahnya, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat yang berguna dan boleh menghalang kejadian tidak diingini berlaku.

“Sekiranya anak-anak mengalami kesan sampingan disebabkan susu formula, mereka disarankan untuk menghubungi Bahagian Pemakanan KKM di talian 03 8892 4503/ 4556.

“Pengguna juga disarankan untuk tidak menyerahkan bukti kepada syarikat formula sebaliknya bukti tersebut perlu diserahkan kepada pihak kementerian supaya produk terbabit boleh disiasat," ujarnya.

Beliau berkata, Fomca menyokong penyusuan susu ibu kerana mengandungi nutrien yang sempurna dan merupakan sumber makanan paling selamat dan semula jadi.

Katanya, bayi sebaiknya diberi susu ibu secara eksklusif selama enam bulan hingga dua tahun.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!