X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Kerajaan Selangor sedia khidmat kaunseling ketika PKP

Pusat Kaunseling Selangor - Talian Sahabat (PKS - TS) yang diwujudkan Kerajaan Selangor.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyediakan Pusat Kaunseling Selangor - Talian Sahabat (PKS - TS) yang menawarkan bantuan kaunseling kepada sesiapa sahaja yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan berikutan isu tekanan mental yang amat membimbangkan akibat pandemik dan pelaksanaan PKP baru-baru ini.

Amirudin turut memuat naik poster PKS -TS mengenai cara membuat janji temu dengan pihak PKS -TS, yang boleh dihubungi di talian 035519 0500 atau menerusi aplikasi WhatsApp di 013-300 9291.

“Kerajaan Selangor sentiasa berikhtiar bagi memastikan mereka yang memerlukan dapat dibantu.

“Sama-sama kita sebarkan agar dapat memberi manfaat kepada warga Selangor,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!