Lantikan politik di GLC, GLIC perlu letak jawatan

Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Individu yang memegang jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menerusi lantikan politik perlu berundur susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada Isnin.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan itu adalah perkara wajar dan terpuji yang perlu dilakukan selari dengan situasi semasa.

"Dengan peletakan jawatan Perdana Menteri, alasan dan kesahihan mereka untuk terus memegang jawatan tersebut juga telah berakhir.

"Sebilangan besar GLC dan GLIC dikendalikan secara profesional dan gangguan apa pun mestilah minimum.

"Bagaimanapun, kerajaan baharu nanti harus berkomitmen untuk mengisi kedudukan ini secara profesional berdasarkan prestasi dan bukannya pertimbangan politik semata-mata," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Selasa.

Muhyiddin pada Isnin mengesahkan beliau dan barisan kabinetnya meletak jawatan secara rasmi.

Beliau berkata, keputusan itu diambil susulan dirinya telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan: