Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemuda UMNO gesa lantikan lima pengerusi GLC ditarik balik

A
A
A
Pemuda UMNO gesa lantikan lima pengerusi GLC ditarik balik

BERITA SEMASA 12 MEI 2023

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, lantikan lima pengerusi baharu badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang kesemuanya ahli politik perlu diteliti semula berdasarkan prinsip Kerajaan Perpaduan yang mahu melakukan reformasi terhadap amalan lantikan politik dalam badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dr Muhamad Akmal meminta kesemua lantikan ini ditarik balik kerana menurutnya, walaupun ia adalah hak prerogatif menteri, tetapi perlu melihat prinsip kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian dalam rakaman program Wawancara Eksklusif bersama Sinar Harian pada Rabu.

Artikel: https://premium.sinarharian.com.my/article/227248/fokus/semasa/bertentangan-prinsip-kerajaan---akmal

#BeritaSemasa #SinarHarian