X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 29 Oktober 2021

Buat janji temu urus niaga JPJ sebelum hadir ke pejabat pos

Pelanggan disaran membuat janji temu secara dalam talian terlebih dahulu untuk urus niaga berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum hadir ke pejabat pos.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu kini boleh dilaksanakan di pejabat pos secara janji temu bagi mengelakkan kesesakan.

Ketua Kumpulan Pengurusan Saluran dan Pengalaman Pelanggan Pos Malaysia Berhad, Azmil Othman Merican berkata, pihaknya menyarankan para pelanggan untuk membuat janji temu secara dalam talian terlebih dahulu untuk urus niaga berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum hadir ke pejabat pos.

"Kita telah membuka tempahan janji temu kepada orang ramai pada 8 Ogos lalu melalui ciri Outlet Finder di laman sesawang (web) di www.pos.com.my dan aplikasi mudah alih Pos Malaysia (Pos Malaysia mobile app)," katanya ketika sidang akhbar Ketua Pengarah JPJ bersama rakan strategik (Pos Malaysia, MyEG dan Puspakom) di aplikasi Zoom pada Isnin.

Azmil berkata, bagi memastikan kelancaran proses urus niaga, setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot temu janji sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga urus niaga setiap janji temu.

"Pada masa yang sama, sebagai langkah yang lebih selamat, kami bersedia dan berkemampuan untuk menyediakan perkhidmatan urusniaga JPJ secara atas talian untuk pembaharuan LKM dan Lesen Memandu, dan membuat penghantaran terus kepada pelanggan di rumah. Namun, ini tertakluk kepada kelulusan JPJ," katanya.

Azmil berkata, pihaknya juga menyediakan perkhidmatan pembaharuan perlindungan insurans kenderaan di pejabat pos.

"Namun begitu, tiada masalah bagi orang ramai untuk memperbaharui cukai jalan JPJ sahaja sekiranya sudah mempunyai perlindungan insurans kenderaan yang diperoleh daripada Pos Malaysia mahupun penyedia perlindungan insurans yang lain," katanya.

Beliau berkata, urus niaga secara janji temu hanya dikenakan terhadap urus niaga JPJ sahaja.

"Bagi urus niaga kaunter selain urusan JPJ di pejabat pos, 'walk-in' dibenarkan seperti biasa," katanya.

Menurutnya, terdapat 663 cawangan pejabat pos di seluruh negara, orang ramai boleh berurusan untuk transaksi JPJ di mana-mana cawangan yang berdekatan dengan mereka.

"Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang mana orang ramai tidak dapat berurusan, antaranya apabila cawangan tertentu terpaksa ditutup atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau keperluan atau pemberitahuan saat akhir penyelenggaran premis (seperti penyelengaraan Tenaga Nasional Berhad dan sebagainya)," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!