UMBI Agro: Norma baharu usahawan Agro berdepan cabaran pandemik

Jangan lupa untuk saksikan bual bicara UMBI Agro pada 19 Ogos 2021, jam 3:00 petang
Jangan lupa untuk saksikan bual bicara UMBI Agro pada 19 Ogos 2021, jam 3:00 petang
A
A
A

Agrobank telah memperkenalkan program UMBI Agro yang dilaksanakan melalui saluran digital sejak tahun 2020.

UMBI Agro merupakan program bual bicara bersama usahawan agro bagi membincangkan isu, cabaran dan inisiatif oleh usahawan agro untuk memberi impak positif kepada diri, perniagaan dan komuniti, serta sektor pertanian dan agromakanan terutamanya sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini.

Program ini juga berkisar kepada perkongsian ilmu dan maklumat berdasarkan pengalaman dan cabaran yang dilalui serta mekanisma yang digunakan oleh usahawan agro semasa berdepan cabaran pandemik COVID-19 demi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, fokus utama Agrobank menyediakan program seumpama ini adalah untuk membantu memberi idea dan solusi serta memberi aspirasi kepada usahawan agro yang lain agar tampil berani mengubah corak perniagaan mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Selain daripada program ini, Agrobank turut mewujudkan satu jabatan iaitu Jabatan Pusat Kecemerlangan Agrobank atau Agrobank Centre of Excellence (ACE) yang berperanan membangunkan usahawan Agro yang berpotensi dan sedang menjalankan perniagaan menerusi Program Pembangunan Agropreneur (ADP) memfokuskan kepada aspek pengurusan perniagaan, strategi pemasaran, pengurusan kewangan dan teknikal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Agrobank di www.agrobank.com.my

Jangan lupa untuk saksikan bual bicara UMBI Agro pada 19 Ogos 2021,jam 3:00 petang di www.facebook.com/Agrobank

Artikel Berkaitan: