Israel bebas Ahli Parlimen Palestin

Khalida Jarrar
Khalida Jarrar
A
A
A

TEL AVIV - ISRAEL. Israel pada Khamis membebaskan Ahli Parlimen Palestin yang telah ditahan selama 20 bulan tanpa perbicaraan berhubung kaitannya dengan kumpulan yang diharamkan.

Khalida Jarrar, 56, diberkas pada 2 Julai 2017 kerana menjadi anggota kanan Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP) sebuah gerakan yang dianggap sebagai pertubuhan pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah.

Butiran tentang pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dirahsiakan, namun diletakkan di bawah penahanan pentadbiran yang membolehkan suspek ditahan tanpa perbicaraan dan tempoh itu diperbaharui setiap enam bulan.

Ramai pemimpin PFLP ditahan dan Khalida juga telah dipenjarakan beberapa kali.

Wanita itu juga pernah dibebaskan pada Jun 2016 selepas dipenjarakan selama 14 bulan kerana didakwa menggalakkan serangan ke atas orang Israel.

Sehingga kini, sistem penahanan pentadbiran telah dikritik masyarakat antarabangsa kerana didakwa melanggar hak asasi. - AFP

Artikel Berkaitan: