Angka korban gempa bumi Haiti meningkat lebih 1,200 orang

Sejumlah orang berkumpul di jalanan selepas gempa bumi melanda Les Cayes pada Sabtu lalu. - AFP
Sejumlah orang berkumpul di jalanan selepas gempa bumi melanda Les Cayes pada Sabtu lalu. - AFP
A
A
A

PORT-AU-PRICE - Angka korban akibat gempa bumi kuat di Haiti meningkat kepada lebih 1,200 orang pada Ahad ketika anggota-anggota penyelamat menggali di celah-celah runtuhan untuk mencari mangsa-mangsa yang terselamat.

Di Les Cayes, yang terletak di barat daya negara itu, sebahagian penduduk terpaksa bermalam di luar rumah mereka atau runtuhan kediaman masing-masing berikutan takut dengan gegaran susulan.

Jalan-jalan raya di bandar tersebut juga dipenuhi dengan bunyi-bunyi peralatan berat yang menggali di celah-celah runtuhan bangunan manakala terdapat sejumlah orang menggunakan tangan untuk mengalihkan serpihan-serpihan batu dalam operasi menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus.

Satu kejadian gempa bumi dengan kekuatan 7.2 magnitud berlaku pada Sabtu lalu di Les Cayes kira-kira 160 kilometer dari barat ibu negara Port-Au-Prince.

Ia juga memusnahkan 13,600 bangunan dan lebih 13,700 lagi bangunan rosak manakala lebih 5,700 orang cedera, kata agensi perlindungan awam Haiti.

Anggota-anggota penyelamat kini menghadapi tekanan ekoran siklon tropika Grace kian mendekati negara tersebut yang membawa hujan lebat, banjir kilat dan tanah runtuh

Pada lewat Isnin, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (AS). - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Angka korban gempa bumi Haiti meningkat 724 mangsa

Gempa bumi kuat gegar Haiti, 304 terbunuh, ratusan cedera

Artikel Berkaitan: