Gempa bumi kuat landa Jepun

Gempa bumi bermagnitud 6.2 berhampiran pantai barat pulau Honshu . - Gambar hiasan
Gempa bumi bermagnitud 6.2 berhampiran pantai barat pulau Honshu . - Gambar hiasan
A
A
A

ISTANBUL - Gempa bumi kuat menggegarkan Jepun pada Jumaat, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa bumi dengan magnitud 6.2 berhampiran pantai barat pulau Honshu melanda negara itu kira-kira 2.42 petang, lapor Agensi Anadolu memetik USGS.

Bagaimanapun, Agensi Meteorologi Jepun dalam satu kenyataan berkata, magnitud gempa bumi itu adalah 6.3 yang menggegarkan wilayah Ishikawa dan kawasan sekitar tengah Jepun, lapor Kyodo News.

Tambah agensi cuaca itu, tiada ancaman tsunami akibat gempa berkenaan. - Bernama-Anadolu