Mayat wanita reput dalam longkang

Baju dan seluar mangsa.
Baju dan seluar mangsa.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Satu mayat wanita telah reput ditemukan dalam keadaan tertiarap di sebuah longkang di Jalan Besar Behrang Ulu - Proton City, semalam.

Penemuan mayat itu dimaklumkan orang awam kepada polis sekitar jam 4.32 petang.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, berdasarkan keadaan mayat, wanita tanpa identiti itu dipercayai telah meninggal dunia sejak lebih 10 hari lalu.

"Tiada pengenalan diri ditemui, jantina mayat dipercayai perempuan itu berdasarkan kain dan baju yang dipakai iaitu blaus merah berlengan panjang dan berbutang penuh serta berseluar panjang berjalur putih berwarna hitam.

"Bangsa mangsa dianggarkan berusia antara 16 hingga 30 tahun itu juga masih belum dapat dipastikan," katanya.

Beliau berkata, hasil bedah siasat dijalankan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati, mangsa dibunuh dan sebab kematian adalah objek tumpul.

Menurutnya, siasatan di lokasi menemui satu botol peluntur berada pada jarak 36 meter dari mangsa manakala penutup botol itu ditemui pada jarak 30 meter.

"Botol berkenaan diambil untuk pengesahan cap jari.

Artikel Berkaitan:

"Tiada taman perumahan berdekatan tempat kejadian melainkan hutan dan semak samun selain keadaan gelap pada waktu malam," katanya.

Pihaknya meminta sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Muallim, Asisten Superintenden Wan Rozaman Wan Harun ditalian 014-6666604.