Geng Fendy curi kenderaan tumpas

kereta Honda Accord SV4 yang ditemui semula dalam serbuan di Kampung Duyong, Melaka pada Sabtu. Tayar kenderaan yang telah dibuka dipercayai untuk dijual turut jumpai di rumah suspek utama di Kampung Duyong, Melaka pada Sabtu.
kereta Honda Accord SV4 yang ditemui semula dalam serbuan di Kampung Duyong, Melaka pada Sabtu. Tayar kenderaan yang telah dibuka dipercayai untuk dijual turut jumpai di rumah suspek utama di Kampung Duyong, Melaka pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Kegiatan jenayah Geng Fendy yang mencuri kereta berjaya ditumpaskan polis dalam dua serbuan berasingan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, tiga suspek yang berusia 31, 46 dan 54 tahun diberkas polis dalam operasi yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.

Menurut Afzanizar, pada Jumaat lalu, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 29 tahun yang mengalami kerugian kira-kira RM7,000 selepas kehilangan sebuah kereta Honda Accord SV4 yang diletakkan di kawasan parkir di sebuah kilang di Batu Berendam.

Katanya, bertindak atas risikan dan maklumat orang awam, ketua kumpulan itu yang berusia 31 tahun berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Duyong.

"Dalam serbuan itu, polis turut menemui semula kereta yang dilaporkan hilang.

"Dalam tempoh 24 jam kita berjaya menumpaskan kumpulan ini dengan tertangkapnya dua lagi ahli kumpulan itu di Taman Seri Duyong dan Taman Kota Laksamana pada hari sama," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Jelas beliau, suspek utama juga mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah termasuk tiga kes mencuri kenderaan.

Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: