Ahmad Faizal enggan ulas peletakan jawatan PM

Ahmad Faizal Azumu. - Foto Bernama
Ahmad Faizal Azumu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] "Saya tidak boleh cakap pasal orang lain, tidak boleh macam itu, ia tidak adil. Saya minta maaf," kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditanya mengenai kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian selepas tamat mesyuarat khas Muhyiddin bersama pemimpin Bersatu yang berlangsung selama dua jam di Publika di sini pada Ahad.

Menurut beliau, mesyuarat tersebut membincangkan banyak perkara terutama berkaitan keselamatan dan kesihatan orang awam.

“Hari ini kita bincang macam-macam perkara,” katanya kepada media.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin Bersatu selesai mesyuarat, tunggu pengumuman esok

Seawal jam 8.45 pagi Ahad, beberapa pemimpin Bersatu tiba di Publika bagi menghadiri satu mesyuarat yang akan diketuai Muhyiddin.

Mesyuarat tersebut yang berlangsung selama dua jam itu dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Timbalan Menteri Kementerian Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman dan Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Noor Azmi Ghazali.

Selain Ahli Parlimen Bersatu, turut hadir Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar Arulnadam dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Artikel Berkaitan: