Tawaran Muhyiddin sudah tidak relevan

Cha Kee Chin
Cha Kee Chin
A
A
A

SEREMBAN - Tawaran yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak lagi relevan kerana keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri masih menjadi pertikaian.

Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin bagaimanapun berkata, sekiranya tawaran tersebut dibuat pada tahun lalu, mungkin ia boleh dipertimbangkan.

"Memandangkan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri masih lagi dipertikaikan, jadi semua tawaran yang dibuat itu tidak lagi relevan. Beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti. Mana mungkin beliau mampu membuat tawaran tersebut.

"Saya akui terdapat beberapa tawaran yang dibuat itu adalah datang daripada cadangan Pakatan Harapan (PH). Kita tidak ada masalah dengan hal itu tetapi isunya sekarang adalah mengenai keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri.

"Kenapa perlu membuat penjajaran politik baharu dan mengulangi semula beberapa cadangan asal PH? Ini kerana Muhyiddin sudah hilang keabsahan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Kee Chin berkata, semua cadangan yang dibuat Perdana Menteri itu boleh diterima kecuali satu iaitu Muhyiddin wajib meletak jawatan atau ditewaskan dalam Dewan Rakyat.

Beliau berkata, Perikatan Nasional (PN) telah diwujudkan melalui pengkhianatan terhadap mandat rakyat dan kini pakatan itu gagal dalam memerangi pandemik Covid-19, sekali gus mengakibatkan kecelaruan politik serta kemelesetan ekonomi.

Artikel Berkaitan: