Kenderaan milik menteri dilihat keluar masuk kediaman Muhyiddin

Kenderaan dipercayai milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun memasuki kediaman Muhyiddin pada jam 4.46 petang.
Kenderaan dipercayai milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun memasuki kediaman Muhyiddin pada jam 4.46 petang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kenderaan dipercayai milik menteri dilihat keluar masuk dari kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Sabtu.

Antara kenderaan yang dilihat memasuki kediaman tersebut adalah milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pada jam 4.46 petang dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz pada jam 3.30 petang.

Sementara itu, kenderaan dipercayai milik Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat keluar pada jam 5.17 petang tadi.

Kenderaan dipercayai milik Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat keluar pada jam 5.17 petang tadi.
Kenderaan dipercayai milik Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat keluar pada jam 5.17 petang tadi.

Artikel Berkaitan: