Cubaan seludup 1,320 kilogram udang harimau ke Singapura gagal

Udang harimau sejuk beku yang cuba dibawa keluar ke Singapura menerusi Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada Jumaat.. Udang sejuk beku yang cuba dibawa keluar melalui Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada Jumaat.
Udang harimau sejuk beku yang cuba dibawa keluar ke Singapura menerusi Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada Jumaat.. Udang sejuk beku yang cuba dibawa keluar melalui Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menggagalkan cubaan membawa keluar 1,320 kilogram udang harimau sejuk beku tanpa permit eksport yang sah ke Singapura pada Jumaat.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, udang harimau sejuk beku dianggarkan bernilai RM6,600 itu ditemui ketika pemeriksaan terhadap sebuah lori sejuk beku di laluan kenderaan berat Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini pada jam 11.30 malam.

"Pemeriksaan terhadap lori terbabit mendapati kuantiti yang diikrarkan oleh ejen penghantaran sepatutnya membawa hanya 3,880 kilogram udang di laluan lori eksport.

"Namun pemeriksaan lanjut mendapati sejumlah 5,200 kilogram udang harimau sejuk beku berada di dalam lori tersebut, melebihi daripada kuantiti diikrarkan. Lebihan udang yang tidak diikrarkan sebanyak 1,320 kilogram telah dirampas," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Hizzuan berkata, Maqis seterusnya mengambil keterangan pemandu lori sejuk beku berkenaan yang berusia 39 tahun sebelum membebaskannya.

Menurutnya, perbuatan mengeksport apa-apa jenis keluaran pertanian dengan memberikan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan semasa pemeriksaan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Katanya, jika sabit kesalahan boleh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan: