Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes baharu Covid-19 masih melepasi 21,000 kes

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM- [DIKEMAS KINI] Bilangan kes baharu Covid-19 masih lagi melepasi 21,000 kes walaupun berlaku sedikit penurunan, dengan jumlah terkini sebanyak 21,468 kes.

Selain itu, jumlah kluster baharu yang direkodkan berjumlah 41 kluster, menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini sebanyak 1,293 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mendahului kes tertinggi dengan jumlah terkini kes baharu sebanyak 7,449 kes, diikuti Kuala Lumpur 2,183 kes dan Kedah, 1,807 kes.

“Sebanyak 1,654 kes dikesan di Sabah, Johor (1,485), Pulau Pinang (1,316) dan Kelantan (1,088).

“Sembilan negeri yang mencatatkan kes baharu di bawah 1,000 kes, iaitu Negeri Sembilan dengan 974 kes, diikuti Perak (940), Melaka (723), Sarawak (715), Pahang (572), Terengganu (440), Putrajaya (66), Perlis (50) dan Labuan (6).

“Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 1,363,683,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada 21,468 kes harian yang dilaporkan pada Jumaat, sebanyak 670 kes atau 3.1 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala 20,798 kes atau 96.9 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Tambahnya, daripada jumlah kes yang dilaporkan, sebanyak 2,703 kes atau 12.6 peratus telah lengkap di vaksinasi, iaitu yang telah lengkap dua minggu tempoh selepas dos kedua vaksin.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, 41 kluster baharu direkodkan, dengan1,293 kluster aktif manakala sejumlah 2,827 kluster telah ditamatkan.

“Bagi Kadar Kebolehjangkitan Covid-19 Atau R0/Rt, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.33) diikuti Sabah dan Kelantan, masing-masing nilai RT 1.20.

“Nilai RT bagi Sarawak dan Pulau Pinang adalah 1.17 manakala semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0, kecuali Labuan dan Putrajaya,” ujarnya.