Bomba terbangkan vaksin ke Pos Lemoi

Aset udara JBPM yang membawa bekalan vaksin dan petugas selamat tiba di Pos Lemoi jam 10.30 pagi pada Khamis. - Foto JBPM Pahang
Aset udara JBPM yang membawa bekalan vaksin dan petugas selamat tiba di Pos Lemoi jam 10.30 pagi pada Khamis. - Foto JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan khidmat helikopter MI-17 bagi membantu misi penghantaran vaksin ke perkampungan orang asli Pos Lemoi, Cameron Highlands pada Khamis.

Pesawat yang dikendali juruterbang, Kapten Sofian Ahmed @ Ibrahim dibantu pembantu juruterbang, Amir Fitri Salim bersama tiga kru penerbangan berlepas dari Pangkalan Udara Subang jam 9 pagi dan mendarat di Cameron Highlands jam 10.10 pagi.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan berkata, bekalan vaksin selamat tiba di Pos Lemoi sekitar jam 10.30 pagi.

Sebahagian petugas yang mengikuti penerbangan membawa bekalan vaksin ke Pos Lemoi, Cameron Highlands pada Khamis. - Foto JBPM Pahang
Sebahagian petugas yang mengikuti penerbangan membawa bekalan vaksin ke Pos Lemoi, Cameron Highlands pada Khamis. - Foto JBPM Pahang

Menurutnya, penerbangan itu turut disertai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zakaria Ibrahim bersama empat petugas kesihatan dan dua pegawai polis.

"Khidmat aset udara bomba itu digunakan bagi mempercepatkan proses penghantaran vaksin dan petugas ke lokasi tersebut yang terletak jauh di pedalaman," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Anuar berkata, penghantaran vaksin itu berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!