Kaunter JPJ beroperasi pada hujung minggu

Notis makluman yang dikeluarkan oleh JPJ.
Notis makluman yang dikeluarkan oleh JPJ.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa kaunter pejabat JPJ dibuka pada setiap hujung minggu mulai Jumaat.

Menurut kenyataan, waktu operasi pada hujung minggu adalah dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari, dan hanya mod pembayaran tanpa tunai yang dibenarkan.

"Semua urusan adalah secara janji temu berjadual, 'walk in' tidak dibenarkan.

"Operasi kaunter JPJ hujung minggu untuk Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor adalah hari Jumaat dan Sabtu, manakala negeri lain pula ialah Sabtu dan Ahad," katanya.

Tambahnya, kapasiti staf di kaunter adalah 50 peratus untuk negeri yang masih di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan 60 peratus bagi negeri yang berada di bawah Fasa Dua.

JPJ turut menggesa orang ramai kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Artikel Berkaitan: