Lodin letak jawatan dalam Boustead

Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin
A
A
A
KUALA LUMPUR – Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Bhd dan melepaskan jawatan dalam anak-anak syarikat tersenarai firma itu.

Menurut kenyataan Boustead kepada Bursa Malaysia hari ini, Lodin, 69, meletakkan jawatan susulan penamatan atas persetujuan bersama awal bagi perjanjian perkhidmatannya dengan syarikat berkuat kuasa mulai 31 Disember 2018.

Berikutan peletakan jawatannya dalam Boustead, beliau juga melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) dan Pharmaniaga Bhd serta Naib Pengerusi Boustead Plantations Bhd berkuat kuasa tarikh yang sama.

Sebelum ini, Lodin meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang merupakan pemegang saham terbesar Boustead dengan kepentingan langsung 59.4 peratus. - Bernama
Artikel Berkaitan: