9 lokaliti di empat negeri dikenakan PKPD mulai Sabtu

Kerajaan pada Khamis mengumumkan pelaksanaan PKPD di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak bermula Sabtu hingga 27 Ogos ini.
Kerajaan pada Khamis mengumumkan pelaksanaan PKPD di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak bermula Sabtu hingga 27 Ogos ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di sembilan lokaliti di empat negeri iaitu Sabah, Kelantan, Pahang dan Sarawak selama dua minggu mulai Sabtu ini.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia melibatkan dua kawasan di Keningau, Sabah iaitu kilang dan Kuarters Pekerja Bumi Timber Sdn Bhd, Batu 27, Jalan Sook serta Perusahaan dan Kuarters Pekerja Kosinar Sdn Bhd, Batu 28, Jalan Sook.

"Lokaliti lain yang turut dikenakan PKPD di Sabah adalah Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu; Kampung Pengiran, Sipitang dan Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud.

"PKPD di Kelantan pula membabitkan dua lokaliti iaitu di Pasir Mas dan Kampung Kubang Sawa, Tumpat," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, PKPD di Pasir Mas merangkumi empat kampung di Mukim Alor Pasir iaitu Kampung Chenerai, Kampung Lubuk Kawah, Kampung Pohon Tanjung, Kampung Pak Jak dan sebuah kampung di Mukim Kubang Gadong iaitu Kampung Landar.

Menurut beliau, di Pahang pula, dua lokaliti dikenakan perintah sama iaitu di Kampung Bongkok, Bera dan Kampung Gadak, Rompin.

"Untuk di Sarawak pula, lokaliti yang terlibat adalah Kuarters Pekerja Sri Datai Mining Sdn Bhd, Mukah," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, sebanyak empat PKPD di Kedah, Pahang, Kelantan dan Sabah yang sepatutnya tamat Jumaat dilanjutkan selama dua minggu dari 14 Ogos ini hingga 27 Ogos depan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, ia melibatkan lokaliti Taman Desa, Kuala Ketil, Baling; Apartment Amber Court dan Tapak Bina Grand Ion Delemon, Genting Highlands, Bentong; Kampung Wek Batu 23, Labok Machang dan Kampung Gambaron, Telupid.

"Selain itu, kerajaan memutuskan untuk menamatkan PKPD di 11 lokaliti di beberapa negeri pada Jumaat seperti yang dijadualkan.

Katanya, lokaliti itu merangkumi Kampung Padang Kubu, Mukim Tebak, Kemaman, Terengganu; Kampung Seratau, Kuching, Sarawak; Felda Sungai Koyan, Mukim Uli Jelai, Lipis, Pahang dan Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan.

"Ia turut membabitkan enam lokaliti di Sabah iaitu Perumahan Sabah Forest Industri (SPI), Sipitang; Kampung Lembah Permai dan Kampung Puji Gunsapou di Ranau; Kampung Marintaman, Sipitang; Kampung Tembidong-Bidong, Telupid dan Kampung Airport Lama, Tawau.

"Lokaliti di daerah Perak Tengah, Perak juga ditamatkan iaitu di Kampung Biak Hilir, Mukim Bandar; Kampung Biak Darat, Kampung Biak Barok dan sebahagian Kampung Pasir Salak di Mukim Pasir Salak," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!