Bomoh didakwa cabul pesakit ketika rawatan

SHAFIEN MAMAT
SHAFIEN MAMAT
A
A
A

TUMPAT - Polis mengesan seorang bomoh yang dikenali sebagai ‘ustaz’ bagi membantu siasatan kes cabul pesakitnya iaitu seorang gadis berusia 15 tahun ketika sesi rawatan di rumah mangsa pada Isnin minggu lalu.

Laporan polis terhadap suspek berusia 39 tahun yang berasal dari Kangar, Perlis itu dibuat oleh ibu mangsa yang berusia 43 tahun pada jam 12.56 tengah hari, Rabu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pada jam 11 pagi, 2 Ogos lalu, mangsa menjalani rawatan tradisional di rumahnya di Kota Bharu.

Katanya, rawatan dijalankan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan ‘ustaz’.

“Semasa rawatan dijalankan, suspek dikatakan bertindak memegang dan meraba seluruh badan mangsa.

“Mangsa menceritakan kejadian tersebut kepada ibunya yang kemudian membawa mangsa membuat laporan polis berkaitan kejadian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat pada Khamis.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, siasatan awal mendapati keluarga mangsa menghubungi suspek untuk menjalankan perubatan tradisional ke atas mangsa yang dikatakan mengalami gangguan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (1) (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Artikel Berkaitan: