X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Rekod angka tertinggi, lebih 21,000 positif Covid-19

Kes baharu positif Covid-19 hari ini semakin meningkat iaitu 21,668 berbanding 20,780 pada Rabu.
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bilangan kes Covid-19 sekali lagi merekodkan angka tertinggi iaitu 21,668 kes dilaporkan pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 440 kes merupakan kategori tiga, empat dan lima.

"Kes kategori satu dan dua pula ialah 21,228 kes," katanya.

Menurutnya, seramai 180 pesakit kategori lima tiada dan tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 12 kes membabitkan pesakit yang lengkap suntikan dos kedua selepas dua minggu.

"Bagi kategori satu, sebanyak 8,941 kes positif membabitkan mereka yang tiada dan tidak lengkap vaksinasi dan 1,228 kes melibatkan individu yang lengkap dos suntikan Covid-19," katanya.

Beliau berkata, selain Selangor dan Kuala Lumpur yang kekal melaporkan kes tertinggi dengan masing-masing 6,278 dan 2,436, Kedah serta Sabah turut berada dalam kumpulan itu apabila kes harian baharu melepasi 2,000.

Tambah beliau, sebanyak 2,143 kes dikesan di Kedah manakala 2,052 kes dilapor di Sabah diikuti Johor (1,706), Sarawak (1,216), Pulau Pinang (1,229), Kelantan (972), Perak (930), Negeri Sembilan (899), Pahang (629), Terengganu (594), Melaka (494), Putrajaya (56), Perlis (23) dan Labuan (11).

"Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 1,342,215," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, kes aktif di seluruh negara ialah 237,021 kes.

"Sebanyak 1,059 kes dirawat di unit rawatan rapi dan 543 pula memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Menurutnya, sebanyak 318 kes kematian dilaporkan melibatkan 256 warganegara dan 62 warga asing.

Beliau memberitahu, berdasarkan ringkasan kes kematian, terdapat 93 kes kematian di luar hospital (BID) sekali gus menjadikan kes BID tertinggi iaitu membabitkan 57 warganegara dan 36 warga asing.

"Jumlah keseluruhan kematian ialah 11,691 kes dan 17,687 kes sembuh dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya 1,093,503 kes," katanya.

Selain itu, menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 45 kluster baharu turut direkodkan membabitkan 30 kluster tempat kerja dan 11 kluster komuniti.

"Kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan tinggi masing-masing merekodkan dua kluster baharu," katanya.

Menurutnya, jumlah keseluruhan kluster ialah 4,079 dan 2,798 telah diisytiharkan tamat manakala 1,281 kluster masih aktif dan merekodkan pertambahan kes.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!