Masih perlu surat kebenaran, permit rentas daerah di Sabah

Yusuh (dua dari kanan) menyampaikan bakul makanan dalam program Op Bantu Fasa 3 IPD Kota Kinabalu di sekitar Kota Kinabalu.
Yusuh (dua dari kanan) menyampaikan bakul makanan dalam program Op Bantu Fasa 3 IPD Kota Kinabalu di sekitar Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Surat kebenaran atau permit untuk melakukan rentas daerah masih diperlukan untuk melalui sekatan jalan raya (SJR) di negeri ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner Yusoh Mat Tais berkata, Sabah masih mengguna prosedur operasi standard (SOP) terdahulu berikutan kerajaan negeri belum mengeluarkan SOP baharu.

"Kita di Sabah masih menggunakan SOP yang dikemas kini pada 6 Ogos lalu dan orang ramai perlu meminta kebenaran serta permit pihak polis untuk merentas daerah.

"Bagi kelonggaran pergerakan untuk merentas negeri selepas lengkap dua dos suntikan vaksinasi Covid-19 pula belum boleh digunakan di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas hadir pada program Op Bantu Fasa 3 Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu, pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung kelonggaran rentas daerah bagi yang sudah melengkapkan dua dos vaksin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau meminta supaya orang ramai sentiasa mengawal pergerakan terutama membabitkan aktiviti berkumpulan di tempat terbuka.

"Kawal pergerakan termasuk aktiviti berkumpulan terutama di pasar raya dan lokasi tumpuan bagi memastikan tiada kesesakan luar biasa dalam kalangan masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan: