Penutupan jalan, lencongan trafik ke Lebuh Raya Mahameru

Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Sultan Azlan Shah menghala ke Lebuh Raya Sultan Iskandar (Lebuh Raya Mahameru) mulai hari ini hingga 11 April 2022. - Foto Bernama
Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Sultan Azlan Shah menghala ke Lebuh Raya Sultan Iskandar (Lebuh Raya Mahameru) mulai hari ini hingga 11 April 2022. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Sultan Azlan Shah menghala ke Lebuh Raya Sultan Iskandar (Lebuh Raya Mahameru) mulai hari ini hingga 11 April 2022.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan tersebut bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf persimpangan bertingkat di Lebuh Raya Sultan Iskandar, Jalan Tun Razak, Jalan Tun Ismail, Jalan Ipoh dan jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, kenderaan dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah ke Sentul) menghala ke Lebu Raya Sultan Iskandar akan dilencongkan ke Jalan Rahmat dan juga Jalan Sentul-Jalan Sentul Manis-Jalan Tun Razak untuk ke Lebuh Raya Sultan Iskandar.

Kenderaan dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah ke pusat bandar raya) pula akan dilencongkan ke kiri Jalan Tun Razak dan membuat pusingan U sebelum Bulatan Pahang melalui Jalan Pahang-Jalan Tun Razak untuk ke Lebuh Raya Sultan Iskandar.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda sementara sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan kekeliruan. -Bernama

Artikel Berkaitan: