Warga emas maut, lori terbabas rempuh pokok

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas lori dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Taman Puteri, Kulai pada Rabu.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas lori dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di Taman Puteri, Kulai pada Rabu.
A
A
A

KULAI - Seorang warga emas maut selepas lori dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok Akasia di Taman Puteri di sini pada Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian tersebut pada jam 8.22 pagi.

Menurut beliau, kejadian itu melibatkan sebuah lori Daihatsu satu tan dari arah Taman Gunung Pulai ke Taman Putri Fasa1.

"Setiba di tempat kemalangan, lori dipandu lelaki warga emas tersebut, Phang See Wing, 72, hilang kawalan dan merempuh pokok itu dan mengakibatkannya tersepit di tempat duduk pemandu.

"Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan rescue tools dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi yang melibatkan tujuh anggota, satu jentera Fire Rescue Tender dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) tamat pada jam 8.42 pagi.

Artikel Berkaitan: