Keputusan Tengku Azlan kembali ke pangkuan UMNO tepat pada masa

Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
A
A
A

KUANTAN - UMNO Bahagian Paya Besar menyifatkan keputusan Ketua Bahagian Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) Temerloh, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar kembali ke pangkuan UMNO tepat pada masanya.

Ketuanya, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, seluruh kepimpinan UMNO bahagian itu serta 16,000 ahlinya menerima dan mengalu-alukan keputusan itu.

Ahmad Tajuddin Sulaiman
Ahmad Tajuddin Sulaiman

Menurutnya, bekas Ahli Parlimen Jerantut itu diterima sebagai ahli UMNO Cawangan Kampung Mahkota, Bahagian Paya Besar.

"Kembalinya beliau umpama 'sireh pulang ke gagang. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan," katanya dalam satu kenyataan bersama Timbalan Ketua Bahagian UMNO Paya Besar, Datuk Abd Rahim Muda dan Naib Ketua bahagian itu, Datuk Umor Arbain Dollah pada Rabu.

Ahmad Tajuddin berkata, UMNO bahagian berpendirian tegas mendukung perlembagaan parti dan segala keputusan pada Perhimpunan Agung UMNO lalu wajib dilaksanakan Presiden parti.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengku Azlan keluar Bersatu, kembali ke pangkuan UMNO

Ketiadaan Tengku Azlan tidak jejaskan Bersatu

Isnin lalu, Tengku Azlan mengumumkan kembali ke pangkuan UMNO dan meletakkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Bersatu Temerloh.

Beliau juga turut menyerahkan borang permohonannya untuk menyertai UMNO melalui Bahagian Paya Besar kepada Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Artikel Berkaitan:

Keputusan untuk kembali ke pangkuan UMNO dibuat kerana beliau yakin dan percaya UMNO merupakan sebuah parti yang menjadi tunjang kepada perjuangan orang Melayu dan Islam.

Tengku Azlan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Jerantut selama tiga penggal sejak 1999 hingga 2013.

Beliau menyertai Bersatu dan dipilih sebagai Ketua Bahagian Bersatu Temerloh pada Pemilihan Ketua Bahagian parti itu tahun lalu.