Azhar nafi keluar surat hilang majoriti kepada PM

Azhar
Azhar
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan bahawa beliau mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan kerajaan pimpinannya telah tiada majoriti.

Tegasnya, berita tersebut adalah berita palsu.

“Saya menafikan laporan berita tersebut dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan.

“Berita tersebut adalah palsu,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini tular artikel yang menggunakan logo portal Suara.TV bertajuk 'Perdana Menteri terima surat Speaker maklum tiada majoriti, mahu bubar Parlimen'.

Sementara itu, editorial Suara.TV menafikan pernah mengeluarkan artikel seperti yang tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial yang lain.

“Adalah dinyatakan, artikel yang tular menggunakan logo Suara.TV adalah palsu dan berniat jahat,” katanya menerusi satu tulisan di portal itu.

Artikel Berkaitan: