Pelajar rakam gambar awan yang menakutkan

Gambar awan yang dirakamkan oleh Jarvis Smallman menunjukkan awan membentuk muka manusia yang kelihatan menakutan. - Foto Jarvis Smallman
Gambar awan yang dirakamkan oleh Jarvis Smallman menunjukkan awan membentuk muka manusia yang kelihatan menakutan. - Foto Jarvis Smallman
A
A
A

MELBOURNE - Seorang jurugambar muda berjaya merakamkan imej awan yang pelik di sebuah bandar tepi pantai Australia baru-baru ini.

Jurugambar itu Jarvis Smallman yang hanya berusia 14 tahun merakamkan gambar awan yang seolah-olah membentuk wajah seorang manusia yang menakutkan.

Dia dari bandar Hopetoun di barat Australia merakamkan gambar itu pada minggu lalu.

Gambar yang dirakamkan oleh Smallman itu juga menunjukkan pelangi dari formasi awan tersebut.

Menurutnya, gambar itu dirakamkannya sebelum matahari terbenam dan selepas sesi persekolahannya.

Dia berasa gembira dapat merakamkan gambar yang dianggapnya sebagai hebat itu.

Gambar yang dirakamkan oleh Smallman itu turut dikongsi oleh portal berita ABC South West di laman Facebooknya.

Komen-komen yang diterima oleh pelajar tersebut berhubung gambarnya itu di portal tersebut adalah positif. - Agensi

Artikel Berkaitan: