Kementerian Kewangan serah RM5j kepada Yayasan Restu

Guan Eng (dua, dari kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM5 juta kepada Abdul Latiff (dua, dari kanan) pada Majlis Penyerahan Cek Kepada Yayasan Restu Ke Arah Pengurusan Mencetak dan Menyebar al-Quran oleh Kompleks Nasyrul Quran yang turut dihadiri Mujahid (tiga, dari kanan).
Guan Eng (dua, dari kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM5 juta kepada Abdul Latiff (dua, dari kanan) pada Majlis Penyerahan Cek Kepada Yayasan Restu Ke Arah Pengurusan Mencetak dan Menyebar al-Quran oleh Kompleks Nasyrul Quran yang turut dihadiri Mujahid (tiga, dari kanan).
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan di sini hari ini menyerahkan peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Restu bagi pengurusan mencetak dan menyebarkan al-Quran oleh Nasyrul Quran.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, peruntukan diluluskan oleh kerajaan PH itu sebagai tanda menyokong dan membantu Nasyrul Quran dalam meningkatkan operasi sepanjang tahun ini.

"Sumbangan sebanyak RM5 juta ini adalah sebahagian daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi membantu institusi-institusi dan badan Islam di Malaysia selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

"Secara tidak langsung, inisiatif ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan PH kepada agenda memacukan syiar Islam," katanya pada Majlis Penyerahan Cek Kepada Yayasan Restu Ke Arah Pengurusan Mencetak dan Menyebar Al-Quran Oleh Kompleks Nasyrul Quran di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Abdul Latiff Mirasa.

Tambah Guan Eng, diharapkan menerusi sumbangan berkenaan ia dapat membantu Nasyrul Quran mencetak sebanyak 500,000 naskhah al-Quran pada tahun ini untuk keperluan di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, belanjawan 2019 menunjukkan peningkatan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk hal ehwal agama Islam.

"Peruntukan ini meningkat sebanyak RM100 juta berbanding RM1.1 bilion yang diumumkan pada belanjawan tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

“Sejumlah RM150 juta disediakan bagi melaksanakan pelbagai program seperti pembinaan masjid dan surau di seluruh negara

termasuk peruntukan sebanyak RM50 juta bagi menaiktaraf dan menyelenggara sekolah-sekolah tahfiz berdaftar.

Yayasan Restu merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sejak tiga dekad lalu.

Selain dikenali dunia sebagai pertubuhan yang menjalankan usaha penyalinan mushaf al-Quran pertama negara berilmunasi penuh Yayasan Restu turut bertanggungjawab membina Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14 di sini.

Inisiatif tersebut demi merealisasikan impian Malaysia memiliki sebuah pusat percetakan dan pengeluaran al-Quran bertaraf antarabangsa dan kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi.