Spesies antelop Tibet semakin bertambah

Jumlah antelop Tibet di China dilaporkan bertambah kepada kira-kira 300,000 ekor berbanding kurang daripada 70,000 ekor pada 1980-an. Foto 123RF
Jumlah antelop Tibet di China dilaporkan bertambah kepada kira-kira 300,000 ekor berbanding kurang daripada 70,000 ekor pada 1980-an. Foto 123RF
A
A
A

BEIJING - Jumlah antelop Tibet di China dilaporkan bertambah kepada kira-kira 300,000 ekor berbanding kurang daripada 70,000 ekor pada 1980-an.

Sehubungan itu, status haiwan tersebut yang dahulunya diklasifikasikan sebagai spesies hampir pupus kini diturunkan kepada kategori spesies hampir terancam.

Kejayaan itu susulan pemerkasaan usaha China dalam melindungi ekologi dan membanteras kegiatan pemburuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dikategorikan sebagai haiwan yang diberi keutamaan perlindungan paling tinggi di China, antelop Tibet memainkan peranan amat signifikan dalam memelihara keseimbangan ekologi di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet.

Taman Negara Sanjiangyuan di wilayah Qinghai merupakan punca Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang, serta habitat utama kepada pelbagai jenis haiwan dan pelbagai tumbuhan dataran tinggi.

Pengarah Akademik Institut Penyelidikan Taman Negara Sanjiangyuan, Zhao Xinquan berkata, kepelbagaian biologi pulih dengan pesat di taman tersebut, antaranya bilangan antelop Tibet sebanyak dua hingga tiga kali berbanding 20 tahun lalu.

"Ia merupakan trend yang amat baik apabila status antelop Tibet ditukar kepada peringkat hampir terancam.

“Tidak mustahil haiwan itu dikategorikan sebagai spesies yang tidak memerlukan perlindungan khusus pada suatu hari nanti," kata Xinquan. - Bernama

Artikel Berkaitan: