X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Selangor bakal laksana modul baharu perkasa bakat sukan

Mohd Khairuddin
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan modul baharu khususnya dalam memperkasakan bakat sukan agar negeri itu tidak ketandusan atlet di peringkat kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan memperbaiki sistem sukan dan mempertingkatkan prestasi Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor dalam pencarian bakat baharu di negeri ini.

"Saya rasa kita (akan) bermula dengan struktur.

Kita akan perbaiki balik sistem sukan di Selangor, kita akan memperkasakan MSN Selangor dan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara.

Dia mesti bersama-sama," katanya yang ditemui pemberita pada Program Vaksinasi Kepada Atlet dan Pengusaha Industri Sukan Selangor, di sini pada Selasa.

Mohd Khairuddin berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan mengenai program pembangunan atlet di Selangor dan bekerjasama dengan MSN Terengganu untuk membangunkan acara berbasikal yang kini dilihat mampu menjadi prospek emas dalam sukan negara.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Selangor merupakan negeri pertama memberi jumlah vaksin Covid-19 khusus kepada mereka yang berada dalam industri sukan menerusi aplikasi SELangkah di bawah Program Vaksinasi Kepada Atlet dan Pengusaha Industri Sukan Selangor.

Menurutnya kerajaan negeri telah menyediakan kuota sebanyak 1,000 vaksin Covid-19 bagi fasa satu dan diagihkan kepasa 500 atlet dan jurulatih di bawah MSNS serta 500 pengusaha industri sukan di bawah Jabatan Belia dan Sukan Selangor. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!