'Tak boleh total lockdown, negara rugi RM2.1 bilion sehari'

Abdul Rashid Asari
Abdul Rashid Asari
A
A
A

KLANG - Masalah Covid-19 dalam negara tidak boleh diselesaikan dengan mengambil langkah Sekatan Pergerakan Penuh yang didakwa boleh menyebabkan negara mengalami kerugian RM2. 1 bilion sehari.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, keseimbangan antara kehidupan rakyat dan ekonomi adalah perlu bagi mengatasi kemelut krisis kesihatan.

"Vaksinasi perlu dipercepatkan supaya rakyat sihat, pada masa sama ekonomi negara boleh dipulihkan.

"Tidak boleh 'total lockdown'. Jika sehari 'total lockdown' negara kerugian RM2. 1 bilion. Bayangkan kalau sekatan itu dibuat selama sebulan," katanya berkenaan desakan penutupan operasi kilang oleh kerajaan negeri.

Beliau ditemui selepas menziarahi lima beradik yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 di Flat Sri Perantau Selat Klang pada Isnin.

Katanya, kerjasama lebih baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri merupakan aspek penting dalam membantu mengawal penularan Covid-19 di Selangor.

Beliau menggesa soal politik dilupakan sebentar dan menumpukan ke arah pemulihan ekonomi serta isu Covid-19 bagi mengurangkan beban rakyat.

Artikel Berkaitan: