Lebih 24,542,437 dos vaksin Covid-19 sudah diberikan: Dr Adham

 Sebanyak 24,542,437 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Ahad. Gambar hiasan
Sebanyak 24,542,437 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24,542,437 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Ahad.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,772,101 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,770,336 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 48.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 26.9 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu,beliau berkata, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 389,641 dos diberikan pada Ahad dengan 156,816 adalah pemberian dos pertama manakala 232,825 lagi adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: