X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19 ragut 360 nyawa, rekod kes kematian tertinggi

Jumlah kematian Covid-19 di negara ini sebanyak 10,749 kes. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kes kematian harian terus merekodkan angka tertinggi hari ini apabila sebanyak 360 kes baharu direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian baharu itu menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini sebanyak 10,749 kes.

"Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula merekodkan 225,393 kes termasuk 1,095 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 571 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.

Menurutnya, sebanyak 18,688 kes baharu direkodkan hari ini termasuk 10 kes import dengan jumlah kes Covid-19 sebanyak 1,262,540 kes.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!