Rempuhan di stadium di Tanzania ragut satu nyawa, 30 cedera

Sekurang-kurangnya seorang peminat bola sepak maut pada Ahad dan 30 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di Stadium Benjamin Mkapa di Dar es Salaam, Tanzania. - Foto Agensi
A
A
A
Rempuhan itu berlaku apabila peminat bola sepak berasak-asak untuk masuk ke dalam stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir pusingan pertama Piala Konfederasi CAF antara Tanzania dan Algeria, lapor Xinhua.
Menteri Kesihatan Ummy Mwalimu mengesahkan seorang maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera.
Pasukan belia Algeria memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1 dan pusingan akhir kedua akan diadakan di Algiers. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
