Rungkai kemelut keabsahan PM dengan peruntukan Perlembagaan

Shahrir
Shahrir
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kemelut keabsahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan pimpinannya dapat dirungkai berpandukan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan tanpa perlu ke Parlimen.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkata, peruntukan Perlembagaan tersebut jelas dan boleh diguna pakai ketika ini.

"Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat maka beliau hendaklah meletakkan jawatan bersama-sama jemaah menteri.

"Melainkan jika atas permintaannya (Perdana Menteri), Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita di Hotel Holiday Villa di sini pada malam Ahad.

Pada Rabu, Muhyiddin memberitahu, tiada keperluan beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana masih mempunyai sokongan majoriti daripada ahli Parlimen.

Muhyiddin bagaimanapun akan membuktikan perkara tersebut dalam sidang Parlimen yang dijadual bersambung pada September ini sementara kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, bukti Muhyiddin sudah kehilangan majoriti sokongan apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yacob mengadakan sidang akhbar pada Jumaat.

Dakwanya, sidang akhbar tersebut dianggap mendedahkan jumlah sebenar ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokong Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

"Jelas kerajaan tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti (dan ini diakui menerusi) kenyataan pemimpin nombor dua negara (Ismail Sabri), bukan calang-calang orang bercakap.

"Apa pun (harus) kembali pada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43(4) jelas dan terang tidak perlu minta nasihat Peguam Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan atau Speaker Dewan Rakyat (Datuk Azhar Azizan Harun)," katanya.

Tambah veteran UMNO itu, sudah disahkan sendiri melalui kenyataan Ismail Sabri yang menyatakan Perdana Menteri hanya memiliki sokongan 31 ahli Parlimen BN ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO

Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi

Saya masih punyai kepercayaan majoriti, kata Muhyiddin

UMNO cabar panggil segera sidang khas Parlimen

Mustahil Muhyiddin masih ada sokongan majoriti: Pembangkang

Keabsahan PM, PN ditentukan di Parlimen September depan

Muhyiddin dedah beliau didesak campuri urusan mahkamah