X

Kindly register in order to view this article
!

Mustahil Muhyiddin masih ada sokongan majoriti: Pembangkang

Dari kiri: Anwar, Mohamad dan Guan Eng
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen pembangkang mendakwa adalah mustahil Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti kerana beberapa ahli Parlimen kerajaan telah menarik semula sokongan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Sehubungan itu dalam satu kenyataan bersama, mereka sekali lagi menegaskan pendirian bahawa Muhyiddin dan semua Jemaah Menteri perlu meletakkan jawatan.

“Adalah mustahil Tan Sri Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah ahli Parlimen kerajaan semalam.

“Kami tetap menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan bersama itu melibatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut sama, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) serta Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik (Bebas).

Muhyiddin pada Rabu selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengumumkan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Dalam pertemuan itu, beliau dimaklumkan terdapat lapan ahli Parlimen UMNO yang menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menarik sokongan kepadanya.

Muhyiddin berkata, Seri Paduka Baginda berkenaan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri ditentukan menerusi usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat pada September nanti.

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin umum masih kekal jawatan Perdana Menteri

Keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal: UMNO

Kerajaan PN masih ada sokongan majoriti, termasuk dari PKR: Zahidi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!