KPKT nafi sanitasi awam tidak berkesan

Zuraida (kiri) beramah mesra dengan orang ramai semasa turun padang meninjau operasi Program Koordinasi Sukarelawan Komuniti (Movak Statik) di Pusat Pemberian Vaksin Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.
Zuraida (kiri) beramah mesra dengan orang ramai semasa turun padang meninjau operasi Program Koordinasi Sukarelawan Komuniti (Movak Statik) di Pusat Pemberian Vaksin Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyangkal dakwaan bahawa usaha Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melaksanakan sanitasi awam sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19 tidak berkesan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, tujuan sanitasi awam yang bermula sejak tahun lalu merupakan salah satu usaha membendung penularan awam lebih-lebih varian Delta ketika ini yang disebarkan menerusi udara.

"Operasi sanitasi awam di sesuatu kawasan melibatkan tiga faktor iaitu nyahcemar, nyahjangkitan dan sanitasi awam.

"Semua ini dilakukan mengikut nasihat Jabatan Kesihatan Daerah (JKD) dan mengikut panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang meninjau operasi Program Koordinasi Sukarelawan Komuniti (Movak Statik) di Pusat Pemberian Vaksin Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini.

Menurutnya, sejak negara diserang pandemik Covid-19 pada Mac tahun lalu hingga Sabtu sebanyak 37,224 operasi sanitasi telah dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata, proses itu melibatkan 24,000 premis yang dilakukan oleh JBPM yang merupakan agensi di bawah seliaan KPKT.

"Ini merupakan ikhtiar kita selain menggalakkan orang ramai kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Artikel Berkaitan:

"Saya harap masyarakat terus kekal positif dengan usaha yang kita lakukan ini dan KPKT telah mengeluarkan garis panduan terbaik dalam usaha membendung penularan jangkitan Covid-19 melalui operasi sanitasi," katanya.