Jijoe berhak dapat emas

Pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menunjukan pingat perak yang dimenanginya dalam acara keirin lelaki akhir pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Izu Velodrom, Shizuoka. - Foto Bernama
Pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menunjukan pingat perak yang dimenanginya dalam acara keirin lelaki akhir pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Izu Velodrom, Shizuoka. - Foto Bernama
A
A
A

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang lebih berhak untuk mendapat pingat emas berbanding perak dalam acara keirin Olimpik Tokyo yang berlangsung di Velodrome Izu pada Ahad.

Pelumba trek berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berkata, ia berdasarkan kesungguhan dan keyakinan pelumba berusia 33 tahun itu untuk meraih emas sepanjang temasya kali ini.

"Saya sebenarnya sebak tengok dia naik (podium) sebab saya rasa pingat emas Olimpik itu memang kita punya. Perasaan sedih itu sebab kita terlepas peluang berikutan kesilapan dilakukan pelumba Australia (Matthew Glaetzer) yang membuka jarak besar dengan Jason Kenny.

"Itu merencatkan Azizul punya pecutan. Saya rasa kalau semua seperti dirancang, memang pingat emas kita punya," katanya.

Dalam perlumbaan final itu, pelumba Australia, Matthew Glaetzer yang berada di belakang Kenny tidak cuba untuk merapatkan kedudukan dengan pemenang pingat emas itu sekali gus menyebabkan beberapa pelumba lain termasuk Azizulhasni terperangkap di belakang.

Namun, Azizulhasni berjaya untuk memecut di saat-saat akhir sekali gus menamatkan perlumbaan untuk memenangi perak manakala gangsa pula milik pelumba Belanda, Harrie Lavreysen gangsa.

Bagaimanapun, Muhammad Shah Firdaus berkata, pingat perak tersebut juga merupakan satu kejayaan dan rezeki telah tertulis kepada Azizulhasni untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua.

"Saya tahu kita boleh menang emas. Tapi apapun, ia (pingat perak) masih rezeki dan kita harus bersyukur. Saya sangat gembira dengan kejayaannya," katanya.

Artikel Berkaitan: